Video
Rawatan K-Othrine Polyzone adalah semburan untuk menghalang pembiakan nyamuk. Semburan dinding atau semburan fokal adalah semburan yang dilakukan kepada permukaan dinding rumah yang rata. Semburan dinding ini adalah bertujuan untuk membunuh nyamuk seperti Aedes aegypti dan Aedes albopictus pembawa denggi & nyamuk Anopheles sp pembawa malaria. Ini adalah merupakan salah satu cara menyekat penyebaran penyakit malaria dan denggi. Kebiasaanya nyamuk akan berehat di dinding-dinding rumah sebelum dan selepas menghisap darah manusia atau mangsa. Ia akan mula diracuni bila berada di kawasan yang telah disembur. Selain kaedah pengapasan (fogging), rawatan ini lebih mesra alam. Nyamuk gemar bersembunyi di kawasan yang lembab dan gelap seperti di dalam bilik tidur, belakang sofa, rak kasut, kawasan sinki dapur, bawah tangga, almari, kawasan-kawasan gelap seperti ruang peti surat, kaki lima bangunan, pokok-pokok hiasan yang ditanam di sekitar rumah, gazebo dan tandas. Untuk lebih efektif, boleh membuat kedua-dua rawatan ini. Rawatan ini tahan selama 2 hingga 3 bulan.
Mosquito Control

Fogging: What you need to know

K-Othrine Polyzone Treatment

Semburan Kabus Fogging Untuk Membunuh Nyamuk Aedes!

Semburan Kabus (Fogging) Di Embun Villa, Janda Baik