Inilah Serangga Yang Suka Masuk Dalam Telinga & Makan Otak Manusia!
Cocopet atau Earwig adalah serangga yang suka masuk ke telinga manusia dan membuat sarang di dalamnya, dan akhirnya akan memakan & mengawal otak manusia!
Ini semua mitos yang mengarut!
Earwig tidak tertarik langsung dengan telinga manusia. Meskipun ada kes Earwig masuk ke telinga tapi ia sangat jarang berlaku. Sama saja seperti serangga lain yg pernah masuk ke dalam telinga manusia. Ini kerana bentuk dan lubang yang sesuai untuk saiz serangga masuk. Keadaan dalam telinga yang hangat dan lembap serta bau yang menarik!
Serangga Earwig ini, hanya mahu bersembunyi dan memburu mangsa kecil. Mereka tinggal di tempat yang lembap seperti celah batu, celah kayu, dedaun, ladang sawit atau dalam lubang tanah.
Bagi pertama kali melihat Earwig atau Cocopet, ia akan dianggap serangga yang berbisa dan berbahaya. Ini disebabkan bahagian ekor yang kelihatan seperti penyepit berbisa, yang hampir sama macam kalajengking. Tetapi sebenarnya ia umpama aksesori tambahan. Mirip seperti saudara jauh mereka iaitu lipas dan cengkerik.
Para saintis memanggil penyepit itu sebagai 'cerci'. Ia berfungsi sebagai alat pertahanan, deria dan alat untuk menjaga keseimbangan tubuh saat mereka berlari atau bergerak di permukaan. Namun, meskipun cerci ini terlihat seperti taring atau penyepit, ia sebenarnya langsung tidak beracun.
Earwigs jantan mempunyai cerci atau penyepit yang melengkung manakala betina mempunyai penyepit yang lurus.
Earwig atau Cocopet juga memiliki sepasang sayap yang dilipat seperti origami. Earwig mungkin dinamakan sempena bentuk sayapnya yang apabila dibuka menyerupai telinga manusia.
Earwig tidak memiliki kelenjar racun atau bisa seperti beberapa serangga lainnya, jadi mereka tidak dapat menyuntikkan racun pada mangsanya atau pada manusia.
Jadi Earwig bukanlah serangga yang berbahaya bagi manusia. Mereka tidak menggigit atau menyebarkan penyakit. Namun, mereka dapat menjadi hama jika populasi mereka terlalu banyak di sekitar tanaman atau kebun.
Namun, beberapa spesis Earwig dianggap bermanfaat kerana mereka juga memakan serangga-serangga lain yang merosakkan tanaman. Ini sangat penting bagi keseimbangan ekosistem.
Cara membasmi Earwig atau Cocopet sama saja seperti serangga kecil lain dengan hanya spray racun. Terdapat juga cara unik yang boleh dicuba untuk membasminya, dengan campuran Minyak dan Kicap, bau campuran ini akan menarik mereka lalu mati bersesak-sesak didalam bekas campuran itu.
Jika anda ada masalah serangga perosak yang semakin membimbangkan. Hubungi kami Pakar Kawalan Serangga Perosak Anda 1-700-81-7529 dan dapatkan Konsultasi & Pemeriksaan secara PERCUMA!

May 09,2023